Kalau sebelum ini aku dedahkan tentang aktiviti disebalik tabir,kali ini aku nak dedahkan siapa mereka-mereka disebalik tabir pula.Tapi apa yang aku dedahkan bukanlah 100% nyata.Hanya sekadar usikan dari pemerhatian cara santai selama aku bergaul dengan mereka.So,kenalilah mereka....................
Presiden a.k.a Abang Salleh a.k.a Tengkorak
Orangnya kecik tapi peranan cukup besar.Cool tapi tegas.Cukup tak suka orang panggil dia 'Mr President'.Hampir setiap keputusan dalam SMBC datang dari pendapat ramai sebab dia jenis tak nak ada yang terpinggir.Hari tu motor dia rosak so,pomen bagi motor spare yang cukup kecik.Aku tengok dia ride memang kelakar abis.Orang kecik..moto pun kecik.Nampak macam budak takde lesen balik dari sekolah.Hobi dia...well....belanja aku rokok sampai kenyang.Kadang aku sendiri letup rokok dia.
Naib Presiden a.k.a Asrul a.k.a Asrul7000
Orangnya jenis steady.Kalau bercakap..memang ada gaya.Tengok pada karakter memang ada karisma dan tanjak orang politik.Punya kelebihan yang jarang ada kat orang lain........terer nyanyi lagu cina yang hampir kebanyakan kawa-kawan dan diri dia sendiri tak faham.
AJK a.k.a Crew Abang Rosli.Orang lama hal-hal pegang kamera.Menjadi kesayangan setiap ahli SMBC terutama bila berkonvoi.Asal dia pegang kemera video,maka adalah yang menempek depan dia dengan isyarat jari 'Rock','Peace','1 Malaysia',melambai,sengih dan macam-macam lagi.Orangnya jenis rilek,cool,selamba dan pendiam tapi banyak fikir sampai rambut kat kepala pun malas nak tumbuh.Satu lagi...dia jenis low profile abis.Ramai yang tak tau pasal dia.Siapa dia?...akan didedahkan mie_sp tak lama lagi.So,jangan terkejut dengan pendedahan eksklusif nanti dan jangan biarkan hidup anda diselubungi..............................misteri.....
Setiausaha a.k.a Marshall Ramzi a.k.a Mamak PHX5422
Jenis agak cengil sikit tapi manis bila senyum.Badan tegap dan sentiasa bergaya.Selama dalam SMBC aku tak pernah tengok baju dia kat luar.Renungan mata yang tajam..banyak anak dara berkenan termasuklah mak nyah.Dan biasanya dia akan jadi malu-malu kucing..hmm...gaya kampung.Anak sapa la dia ni ek?Dalam SMBC, tak dinafikan motor dia antara yang tercantik tapi bakal dicabar Marshall Anas tak lama lagi.
Penolong Stiausaha a.k.a Marshall Ezrin a.k.a Aedes
Dia ni pendiam.Cukup susah nak dengar dia bercakap tapi dia memang kamcing dengan Marshall Ramzi.Mempunyai bentuk badan yang boleh dilentik macam udang.Tak hairanlah dia juara Limbo Rock masa KKM dulu sampai diharamkan Presiden untuk jadi peserta kalau acara ini dianjurkan SMBC di masa akan datang.Sering ulang alik Penang-KL bertemu tunang tersayang.Lautan api sanggup direnang..takat highway Plus tu apalah sangat.Betullah kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..."Kalau dah suka sama suka,memang tak kenal botol kicap dengan botol cuka."
Chief Marshall Glifford a.k.a Bert/Bird
Muka melayu tapi bukan melayu.Badan gempal dan mempunyai raut wajah yang garang dan serius.Tapi bila dalam konvoi...lambaian tangannya..alaaaahai....lemah gemalai ngalahkan penari mak yong.Tak banyak dapat aku ceritakan hal dia ni sebab jarang jumpa.
Bendahari a.k.a Marshall James Chan
Dia ni memang tegas bab duit kelab.Sekupang yang keluar dia tetap nak resit jugak.Memang selamat duit kat tangan dia.Ari tu dia nak tukar motor besar tapi tak jadi bila teruk kena cucuk dek kawan-kawan.Ramai orang suka tengok gaya dia bila terkejut,panik atau hairan sebab lengkap dengan ekspresi muka.Aku ingat dia ni pernah berlakon opera la dulu.Kalau masa konvoi,dia memang bagi komitmen yang cukup ekstrem.Simpang yang takde kenderaan pun dia tahan.Tak tau la dia tahan sapa.
Penolong Bendahari a.k.a Marshall Baby Ong
Dapat gelaran 'Baby' sebab muka macam budak tak cukup umur.Tapi kalau berjalan...gaya orang terlebih umur.Cukup cekap buat kerja hal-hal kelab.Kalau tengok dia ride,macam siput naik gajah.Mempunyai tubuh badan yang cukup kecik macam baby jugak..orang utara cakap badan haluih/halus.Kadang-kadang dia suka sakat aku.Fenomena ini bolehlah dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus.
Crew Amirul a.k.a Amirul The tall
Satu-satunya makhluk paling tinggi dalam SMBC.Motor yang besar lebar pun ble jadi kecik bila dia duduk.Dengar cerita kalau dia tidur..kena tidur serong sebab tak muat katil.Kalau tengok dia berdiri dari jauh,memang susah nak agak mana satu dia,mana satu tiang letrik.Jenis susah nak baca mood dia.Kadang biasa,kadang luar biasa.Kalau dia ralit,try la cucuk...macam-macam ayat keluar.Mr Presiden dah serik nak cucuk sebab pernah kena buah siku Tom Yam Gong masa KKM kat Melaka.
AJK a.k.a Marshall Joe
Seorang anggota tentera.Tak hairanlah kalau dia mempunyai disiplin yang tinggi dan beliau juga mempunyai keramahan yang cukup tinggi.Macam-macam cerita ble keluar...dari hal motor hinggalah hal Felda yang tak wujud kat Penang ni.Menjadi kebiasaan 'out topic' kalau borak dengan dia.Kalau dia mula bercakap,cukup susah nak berenti dan kawan-kawan pun dah mula susah hati..pakat cari idea nak lari.Kalau sempat...selamatla.Kalau tak sempat...terpaksa buat-buat tengok cicak.Antara aset penting dalam SMBC sebab dia agak aggresif dalam tugasan sebagai marshall.Jalan jem macammana pun,dia ble bukak untuk kelancaran konvoi.
AJK a.k.a Marshall Anas a.k.a Antnest
Antara tenaga muda dalam SMBC.Wlaupun masih muda,dia mempunyai corak pemikiran yang matang dan boleh diharap untuk menjadi pelapis seterusnya pemimpin dimasa hadapan.Seperti Marshall Joe,beliau juga agak aggresif menjalankan tugas-tugas marshall.Masa konvoi,aku cukup suka tengok dia.Berkemahiran membuat aksi-aksi sarkas atas motor bila dia boring atau lenguh badan.Satu lagi kemahiran beliau tapi aku langsung tak suka....berleter.Apa aku buat,mesti ada yang dia leterkan.Hisap rokok,dia leter(padahal dia pun merokok).Salah parking,dia leter.Aku tak pakai baju hujan,dia leter.Aku tengah makan pun dia leter.Aku takleh bayangkan kalau dia umur 30-40 tahun nanti.Tentu meriah rumahtangga dia dan SMBC.
AJK a.k.a Crew Helmi a.k.a mie-sp
Aku memang rapat dengan mamat ni.Tubuh badan besar..kalau ride memang nampak match dia dengan motor.Berkemahiran dalam komunikasi..maklumlah,pegawai insurans.Jenis happy go lucky dan suka ketawa.Kalau orang buat lawak,mesti dia gelak.Kalau dia buat lawak,mesti belum tentu orang gelak.Kalau gelak pun,takat amik ati je.Dia pun pernah jadi mangsa leteran Marshall Anas sebab masa ride pergi Wang Kelian tempoh hari,dia pakai complete.Dari fullface.jaket,gloves tapi kasut..ala-ala sandal gitu.Tenat dia kena leter.Mamat ni jugak baik hati.Dia pernah tolong masa aku ada masaalah dulu.Wa ingat lu sampai mati bro...
AJK a.k.a Marshall Om Prakash
Satu-satunya marshall berbangsa india dalam SMBC.Mahir buat magic.Tak percaya?..tunggu bila ada awek sexy lintas.Dia ble beliakkan bijik mata sejauh beberapa ratus meter.Mempunyai bentuk tubuh badan yang montel dan comel.Masa KKM singgah di Cerating,dia sempat terjun kolam.Terlihatlah akan bentuk perut yang cukup...err...'mengghairahkan'.Aku takleh bayangkan kalau dia mandi togel.Dah tentu kita semua pakat seminggu tak lalu makan nasik.
So...itu saja yang aku nak kongsi.Pada mereka yang diatas...heh..mintak maaf banyak-banyak.
Last edited by cd on Fri Oct 30, 2009 9:52 pm; edited 1 time in total
Mereka yang disebalik tabir.

cd- Moderator

- Number of posts: 71
Age: 36
Location: behind the island
Registration date: 2009-09-28
- Post n°1
Mereka yang disebalik tabir.

Tengkoraq- SMBC President

- Number of posts: 506
Age: 43
Location: Penang
Registration date: 2009-01-09
- Post n°2
Re: Mereka yang disebalik tabir.
cd wrote:Kalau sebelum ini aku dedahkan tentang aktiviti disebalik tabir,kali ini aku nak dedahkan siapa mereka-mereka disebalik tabir pula.Tapi apa yang aku dedahkan bukanlah 100% nyata.Hanya sekadar usikan dari pemerhatian cara santai selama aku bergaul dengan mereka.So,kenalilah mereka....................
Presiden a.k.a Abang Salleh a.k.a Tengkorak
Orangnya kecik tapi peranan cukup besar.Cool tapi tegas.Cukup tak suka orang panggil dia 'Mr President'.Hampir setiap keputusan dalam SMBC datang dari pendapat ramai sebab dia jenis tak nak ada yang terpinggir.Hari tu motor dia rosak so,pomen bagi motor spare yang cukup kecik.Aku tengok dia ride memang kelakar abis.Orang kecik..moto pun kecik.Nampak macam budak takde lesen balik dari sekolah.Hobi dia...well....belanja aku rokok sampai kenyang.Kadang aku sendiri letup rokok dia.
Naib Presiden a.k.a Asrul a.k.a Asrul7000
Orangnya jenis steady.Kalau bercakap..memang ada gaya.Tengok pada karakter memang ada karisma dan tanjak orang politik.Punya kelebihan yang jarang ada kat orang lain........terer nyanyi lagu cina yang hampir kebanyakan kawa-kawan dan diri dia sendiri tak faham.
AJK a.k.a Crew Abang Rosli
TV3 senior cameraman.Menjadi kesayangan setiap ahli SMBC terutama bila berkonvoi.Asal dia pegang kemera video,maka adalah yang menempek depan dia dengan isyarat jari 'Rock','Peace','1 Malaysia',melambai,sengih dan macam-macam lagi.Orangnya jenis rilek,cool,selamba dan pendiam tapi banyak fikir sampai rambut kat kepala pun malas nak tumbuh.Satu lagi...dia jenis low profile abis.Ramai yang tak tau pasal dia.Siapa dia?...akan didedahkan mie_sp tak lama lagi.So,jangan terkejut dengan pendedahan eksklusif nanti dan jangan biarkan hidup anda diselubungi..............................misteri.....
Setiausaha a.k.a Marshall Ramzi a.k.a Mamak PHX5422
Jenis agak cengil sikit tapi manis bila senyum.Badan tegap dan sentiasa bergaya.Selama dalam SMBC aku tak pernah tengok baju dia kat luar.Renungan mata yang tajam..banyak anak dara berkenan termasuklah mak nyah.Dan biasanya dia akan jadi malu-malu kucing..hmm...gaya kampung.Anak sapa la dia ni ek?Dalam SMBC, tak dinafikan motor dia antara yang tercantik tapi bakal dicabar Marshall Anas tak lama lagi.
Penolong Stiausaha a.k.a Marshall Ezrin a.k.a Aedes
Dia ni pendiam.Cukup susah nak dengar dia bercakap tapi dia memang kamcing dengan Marshall Ramzi.Mempunyai bentuk badan yang boleh dilentik macam udang.Tak hairanlah dia juara Limbo Rock masa KKM dulu sampai diharamkan Presiden untuk jadi peserta kalau acara ini dianjurkan SMBC di masa akan datang.Sering ulang alik Penang-KL bertemu tunang tersayang.Lautan api sanggup direnang..takat highway Plus tu apalah sangat.Betullah kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..."Kalau dah suka sama suka,memang tak kenal botol kicap dengan botol cuka."
Chief Marshall Glifford a.k.a Bert/Bird
Muka melayu tapi bukan melayu.Badan gempal dan mempunyai raut wajah yang garang dan serius.Tapi bila dalam konvoi...lambaian tangannya..alaaaahai....lemah gemalai ngalahkan penari mak yong.Tak banyak dapat aku ceritakan hal dia ni sebab jarang jumpa.
Bendahari a.k.a Marshall James Chan
Dia ni memang tegas bab duit kelab.Sekupang yang keluar dia tetap nak resit jugak.Memang selamat duit kat tangan dia.Ari tu dia nak tukar motor besar tapi tak jadi bila teruk kena cucuk dek kawan-kawan.Ramai orang suka tengok gaya dia bila terkejut,panik atau hairan sebab lengkap dengan ekspresi muka.Aku ingat dia ni pernah berlakon opera la dulu.Kalau masa konvoi,dia memang bagi komitmen yang cukup ekstrem.Simpang yang takde kenderaan pun dia tahan.Tak tau la dia tahan sapa.
Penolong Bendahari a.k.a Marshall Baby Ong
Dapat gelaran 'Baby' sebab muka macam budak tak cukup umur.Tapi kalau berjalan...gaya orang terlebih umur.Cukup cekap buat kerja hal-hal kelab.Kalau tengok dia ride,macam siput naik gajah.Mempunyai tubuh badan yang cukup kecik macam baby jugak..orang utara cakap badan haluih/halus.Kadang-kadang dia suka sakat aku.Fenomena ini bolehlah dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus.
Crew Amirul a.k.a Amirul The tall
Satu-satunya makhluk paling tinggi dalam SMBC.Motor yang besar lebar pun ble jadi kecik bila dia duduk.Dengar cerita kalau dia tidur..kena tidur serong sebab tak muat katil.Kalau tengok dia berdiri dari jauh,memang susah nak agak mana satu dia,mana satu tiang letrik.Jenis susah nak baca mood dia.Kadang biasa,kadang luar biasa.Kalau dia ralit,try la cucuk...macam-macam ayat keluar.Mr Presiden dah serik nak cucuk sebab pernah kena buah siku Tom Yam Gong masa KKM kat Melaka.
AJK a.k.a Marshall Joe
Seorang anggota tentera.Tak hairanlah kalau dia mempunyai disiplin yang tinggi dan beliau juga mempunyai keramahan yang cukup tinggi.Macam-macam cerita ble keluar...dari hal motor hinggalah hal Felda yang tak wujud kat Penang ni.Menjadi kebiasaan 'out topic' kalau borak dengan dia.Kalau dia mula bercakap,cukup susah nak berenti dan kawan-kawan pun dah mula susah hati..pakat cari idea nak lari.Kalau sempat...selamatla.Kalau tak sempat...terpaksa buat-buat tengok cicak.Antara aset penting dalam SMBC sebab dia agak aggresif dalam tugasan sebagai marshall.Jalan jem macammana pun,dia ble bukak untuk kelancaran konvoi.
AJK a.k.a Marshall Anas a.k.a Antnest
Antara tenaga muda dalam SMBC.Wlaupun masih muda,dia mempunyai corak pemikiran yang matang dan boleh diharap untuk menjadi pelapis seterusnya pemimpin dimasa hadapan.Seperti Marshall Joe,beliau juga agak aggresif menjalankan tugas-tugas marshall.Masa konvoi,aku cukup suka tengok dia.Berkemahiran membuat aksi-aksi sarkas atas motor bila dia boring atau lenguh badan.Satu lagi kemahiran beliau tapi aku langsung tak suka....berleter.Apa aku buat,mesti ada yang dia leterkan.Hisap rokok,dia leter(padahal dia pun merokok).Salah parking,dia leter.Aku tak pakai baju hujan,dia leter.Aku tengah makan pun dia leter.Aku takleh bayangkan kalau dia umur 30-40 tahun nanti.Tentu meriah rumahtangga dia dan SMBC.
AJK a.k.a Crew Helmi a.k.a mie-sp
Aku memang rapat dengan mamat ni.Tubuh badan besar..kalau ride memang nampak match dia dengan motor.Berkemahiran dalam komunikasi..maklumlah,pegawai insurans.Jenis happy go lucky dan suka ketawa.Kalau orang buat lawak,mesti dia gelak.Kalau dia buat lawak,mesti belum tentu orang gelak.Kalau gelak pun,takat amik ati je.Dia pun pernah jadi mangsa leteran Marshall Anas sebab masa ride pergi Wang Kelian tempoh hari,dia pakai complete.Dari fullface.jaket,gloves tapi kasut..ala-ala sandal gitu.Tenat dia kena leter.Mamat ni jugak baik hati.Dia pernah tolong masa aku ada masaalah dulu.Wa ingat lu sampai mati bro...
AJK a.k.a Marshall Om Prakash
Satu-satunya marshall berbangsa india dalam SMBC.Mahir buat magic.Tak percaya?..tunggu bila ada awek sexy lintas.Dia ble beliakkan bijik mata sejauh beberapa ratus meter.Mempunyai bentuk tubuh badan yang montel dan comel.Masa KKM singgah di Cerating,dia sempat terjun kolam.Terlihatlah akan bentuk perut yang cukup...err...'mengghairahkan'.Aku takleh bayangkan kalau dia mandi togel.Dah tentu kita semua pakat seminggu tak lalu makan nasik.
So...itu saja yang aku nak kongsi.Pada mereka yang diatas...heh..mintak maaf banyak-banyak.
CD yang diingat..
Chek teror nuuu..gitau aq kecik laaaa, cam budak skolah xdak lesen laaaa. Apapon gaya penulisan aq respeq abis abisan. boleh membunuh sekalian makluk yang suka membaca. Lani dah dapat pangkat Mahaguru.. X lama lama lagihhh mungkin Profesore/Doktor Falsafah plak.

Ryee- Number of posts: 115
Age: 30
Location: Bukit Mertajam
Registration date: 2009-09-04
- Post n°3
Re: Mereka yang disebalik tabir.
bro 'CD' kalau dapat attach dengan gambar sekali ok juga

asrul7000- SMBC Vice President

- Number of posts: 60
Location: Penang
Registration date: 2009-01-09
- Post n°4
Re: Mereka yang disebalik tabir.
terima kasih cd, saya tak sangka cd pandai menilai setiap ahli kelab yang mempunyai pelbagai karektor...kalau president bagi gelaran mahaguru, saya nak bagi gelaran "Club Editor" kerana mempunyai gaya penulisan seperti editor & penuh humor...

Ryee- Number of posts: 115
Age: 30
Location: Bukit Mertajam
Registration date: 2009-09-04
- Post n°5
Re: Mereka yang disebalik tabir.
asrul7000 wrote:terima kasih cd, saya tak sangka cd pandai menilai setiap ahli kelab yang mempunyai pelbagai karektor...kalau president bagi gelaran mahaguru, saya nak bagi gelaran "Club Editor" kerana mempunyai gaya penulisan seperti editor & penuh humor...
sokong!!sokong!!!sokong!!!
kedua-dua gelaran tersebut sesuai sekali di berikan kepada bro 'CD' kita.

abe- Number of posts: 71
Age: 37
Location: Kuala Terengganu
Registration date: 2009-06-15
- Post n°6
Re: Mereka yang disebalik tabir.
Salam semua,
Tak sangka....CD memang mempunyai bakat terpendam yang mmg hebat. Tak sia-sia jadi AJK SMBC..."Club Editor" mmg sesuai untuk Bro CD.
Tahniah Bro.